Zon Santai GDdotcom

Humorous! Funniest! Hilarious!

Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts

Lintas Jalan

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

"Fasal apa adik menangis", tanya Radhi.
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..".

Mendengar penjelasan budak tadi, radhi dan khalid terpinga-pinga tak tau aper nak explain kat budak tu...

Cuti

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah

Tak Faham Bahasa

Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. "Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"

Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"

Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu...
"Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
"Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
"Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu.
"Nak sarapan!" balas si anak pendek. 

Bayi Jepun

Herman : "Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa jepon.. kenapa?"

Jamri : "Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami... Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami" 

Thank you Seven

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye . 
Mat salleh ; ( bingung )

Masalah Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter. Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.


"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Mengira

Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"
Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"
Razif : "Jack, Queen, & King"

Ciuman

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

Tukang Jual

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan 
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Bahasa Inggeris

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Badly Broken English

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya… .:
Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:
Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn’t you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Ok mak, dah kena!

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”

Duit Hilang

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.
Guru : “Kenapa menangis?”
Pelajar: “Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu” (jawabnya sambil menangis)
Guru : “Sudahlah jangan menangis ye…nih Cikgu beri sepuluh ringgit.”

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.
Guru : “Aik… menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit.”
Pelajar: “Iya Cikgu…tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit.”
Guru : ?????

Tak berfaedah!


Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan 1 perniagaan namun masih kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat untuk membuat pinjaman dari sebuah badan pinjaman yang ditaja oleh kerajaan pada masa itu. Berangkat la Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut. Setibanya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai.Setelah mengisi boring dan ditemuduga berkata laa pegawai tersebut.


Pegawai:Setelah diteliti,permohonan pak cik akan diluluskan secepat mungkin.Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak RM 20,000 tanpa faedah.



Namun dengan muka yang bengis Pak Pandir bingkas bangun untuk beredar.Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya.

Pegawai:Kenapa pak cik?Ada yang tak kena ke?
Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yang tinggi berkata.
Pak Pandir: Nak buat apa aku buat pinjaman kalau tak ada pekdah..buang masa aku je la.

Pak Pandir pun meninggalkan pegawai tersebut terpinga-pinga.

Pencuri

Ketika balik dari bekerja shift malam, Azwan telah diserang hendap oleh seorang pencuri. Kerana tidak mahu mengalah, Azwan cuba melayan pencuri itu. Tapi, Azwan kalah dan pencuri itu terus menyeluk kedalam sakunya untuk mencari duit dan barangan yang berharga. Apa yang dijumpai hanyalah duit RM 1.00 ! Pencuri itu tidak berpuas hati, lalu bertanya kepada Azwan

Penyamun : Kau bergelut bermatian dengan aku kerana semata-mata nak selamatkan RM 1.00 ini saja?
Azwan : Laaa... kau cuma hendak RM 1.00 tu je ke? Aku ingatkan kau nak rompak duit RM 1000.00 yang aku sembunyikan dalam kasut aku ni.

Tiket Wayang

Chot dan isterinya kali pertama ingin menonton wayang di panggung. Sampai di kaunter tiket, Chot beli dua tiket untuk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Chot datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket... Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. 

Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, "Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?" Chot menjawab, "Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer!!"

SMS

Boy : You are , ABCDEFGHIJK
Girl : What does it mean ?
Boy : Attractive , Brilliant , Cute , Darling , Elegant , Funny , Gorgeous , Hot .
Girl : Aww , sweet . What does IJK mean ?
Boy : I'm just kidding , HEHE :P
Girl : LMN .
Boy : What ???
Girl : Lempang Muka NAK ?
Boy : =.="

Cikgu Pandai

Waktu di kelas....

Cikgu: Cikgu nak bagi tau kamu semua.Kalau nak jadi cikgu kena jadi pandai macam cikgu.

Selepas cikgu bla bla bla bla.....

Cikgu: Nik 1 + 2 berapa?

Nik: Kenapa cikgu tanya saya? Cikgu kan pandai.

Ayah Terhebat

Pada suatu hari ada tiga orang kanak-kanak sedang melepak dan mereka saling cerita-menceritakan tentang kehebatan ayah mereka.

Abu : Ayah ku mempunyai beberapa buah banglow yang cukup besar.
Ali :Ayah ku lagi hebat,dia seorang Pengarah Urusan disebuah hotel 5 Bintang di Amerika.
Abu : Apa pula pekerjaan ayah kamu, Azwan?.
Azwan : Ayah aku dapat menahan sebuah bas besar hanya dengan menggunakan satu tangan.
Ali : Wow Terer giler! Apa pekerjaannya?
Azwan : Polis Trafik

Zon Santai

Blog ini dibangunkan oleh GD.com Sdn Bhd sebagai ruang bagi usahawan untuk mengurangkan stress.

Kategori

Mengenai Kami

GD.com Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan Keusahawanan IT
Powered by Blogger.